Saturday, June 6, 2009

Politikus vs Tikus Politik

Kamus Dewan Bahasa mengistilahkan politkus sebagai 'ahli politik, ahli negara' terang dan jelas poltikus ini bukan sekadar politik tetapi adalah pejuang. Politkus adalah negarawan, nasionalis, pejuang dan ideologist. Harus diingat mereka menceburi politik dalam memperjuangkan idea-idea yang difikirkannya dapat membantu rakyat dan negara. Perjuangan yang tiada penghujung selagi manusia masih wujud di dunia ini. Pejuang kemerdekaan, pembebasan walaupun dari kalangan gerila seperti Al-Qaeda, Taliban, MNLF, Abu Sayyaf, LLTE, Komunis, Korea Utara dan lain-lain lagi mereka bertindak berdasarkan idea-idea yang diperjuangkan mereka walaupun kadang kala tindakan mereka itu melampaui batas-batas kemanusiaan, mereka tetap yakin dan percaya dengan idea mereka. Rasullah S.A.W seorang politus yang terbilang sepanjang zaman sehingga barat menggelar baginda Manusia paling berpengaruh di dunia sepanjang zaman.

Di Malaysia acap kali kita mendengar cerita-cerita di kedai kopi yang bercerita tentang politikus-politikus ini. Antara ayat yang sering menjadi sebutan "si polan tu cakap macam tu sebab politik saja" , "si politikus ini bercakap untuk jaga hati bangsa lain semata-mata kerana politik" , "politik ini kejam" dan sebagainya. Siapa yang mencorakkan politik itu menjadi kejam atau sebaliknya? Persoalan yang perlu dirungkai untuk memperbetulkan tanggapan yang menganggap politik ini adalah mainan untuk mendapatkan kuasa. Seorang kawan saya politikus menghabiskan masa terluang dengan aktiviti-aktivit kemasyarakatan pernah berkata "Politik adalah kejam, kadang-kadang diatas, atau dijatuhkan terus. Angkara siapa yang membuatkan politik ini kejam? Inilah kerja-kerjan Sang tikus politik merobek, menggigit dan menghancurkan kemuliaan politik. si tikus politik bersenjatakan gigi EMAS menggigit kemuliaan politik itu.

Gigi EMAS milik sang tikus sukar untuk dihancurkan kerana kekuatan EMAS itu sendiri. Menjadi politikus adalah sesuatu yang mulia tetapi harus berhati-hati dengan jangkitan yang dibawa oleh Tikus Politik...gigitan gigi EMAS mereka mempunyai virus yang berkesan dalam menjatuhkan jatidiri seorang politkus daripada negarawan kepada "kuasawan". Penyakit yang sukar dirawati malah akan menyebabkan kehancuran kepada tunjang kekuatan sesebuah negara yang terbilang.

Wallahualam

No comments: