Tuesday, October 28, 2008

Gambar Anwar @ Patung Anwar


Saya terbaca artikel di Malaysia kini berkenaan gambar Anwar Ibrahim diletakkan di simpang empat Medan Batu Cave. Agak menghairankan apabila wakil rakyat Batu Cave merangkap Naib Ketua Angkatan Muda PKR Amiruddin Shari menyokong penuh usaha sebilangan masyarakat India membina replika tersebut.


Menurut blog DUN Batu Caves beliau berkata, foto besar itu menelan kos hampir RM5,000 yang diusahakan aktivis parti dan penduduk setempat "yang mahukan semangat Anwar untuk membina 'Malaysia Baru' akan terus berkekalan" dan juga simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di situ.


Bukan semua penduduk Batu Cave tidak mahu replika 'Anwar' angkuh di sana terutamanya masyarakat melayu. Sejak dari zaman Perdana Menteri yang terdahulu tidak pernah ada replika sebesar itu di buat. Saya penduduk Batu Cave amat kecewa apabila replika itu didirikan. Nasihat kepada Amir....tolong jangan libatkan penduduk Batu Cave dalam keangkuhan PKR ketika ini. Jangan kerana 20 - 30 orang mau replika itu berada anda boleh menanggap semua penduduk DUN Batu Caves mahukan replika orang yang takbur dan bongkak. Mengapa saya mengelar ia takbur dan bongkak kerana baru menang beberapa negeri sudah mula berani membina replika tersebut. Sedarlah Tunku, Tun Tazak, Tun Hussein Onn, Dr M, Pak Lah dan Parti PAS tidak pernah membina replika seperti itu apabila menang besar dan membentuk kerajaan Pusat atau negeri. Ingat Amir jangan ulangi perkara seperti ini atau anda hanya akan mendapat undi India sahaja tanpa Melayu.

Friday, October 24, 2008

Pemuda UMNO

"KJ factor" meniti di bibir aktivis politk Malaysia ketika PRU12 tidak mengugat pencalonan KJ bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sehingga kini sebanyak 37 bahagian telah mencalonkan KJ bagi Jawatan tersebut. Beliau dijangka mudah mendapatkan 2 pencalonan lagi bagi mencapai kuota yang diperlukan bagi bertanding jawatan tertinggi sayap pemuda UMNO.

Mukhriz Mahahir telah mendapat pencalonan yang tertinggi. Imbas kembali Tun Mhathir pernah mengirim surat kepada Tunku Abd. Rahman supaya meletakkan jawatan. Kini warisnya pula mengirim surat kepada Pak Lah. Adakah beliau bakal menjadi PM suatu hari nanti. Mungkinkah beliau PM ke 8 suatu hari nanti?

Khir Toyo sangat dihormati di Selangor. Beliau dianggapi mempunyai rekod bersih semasa memerintah beliau walaupun terdapat sedikit konflik dalam pentadbirannya. Beliau masih lagi dihormati dikalangan kawan dan lawan. Adakah beliau akan mengikut jejak KuLi?

Saturday, August 30, 2008

Di Anjung Politik Malaysia


Cetusan pendapat parti-parti politik mencorak jati diri rakyat. Politik sebagai laluan berliku yang di lalui melahirkan pemipmpin yang setia kepada rakyat.