Saturday, February 21, 2009

Cakap-cakap politik Febuari 2009

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj:

“Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen. anwarblog.blogspot perenggan 6 DRAF NOTA PEMBUKAAN TEKS UCAPAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG OLEH: YANG BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH 19 Feb 2009

Kita berpegang pada prinsip rex non potest peccare iaitu raja tidak melakukan kesalahan selagi mana dia berada dalam perimeter/sempadan undang-undang. But Kings, that could not wrong, because Their Power was circumscrib’d by Laws( Raja tidak melakukan kesalahan kerana kuasa mereka terikat dengan undang-undang) kata Bernard Mandeville dalam The Grumbling Hive (1705)."anwar blog : DRAF NOTA PEMBUKAAN TEKS UCAPAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG OLEH: YANG BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH 19 Febuari 2009"

Banyak kepimpinan UMNO sebenarnya punah kerana tidak mahu keluar dan mendengar sumbangan idea dan hanya membuka telinga kepada kronis politik yang dapat membantu politik dalaman mereka. http://www.umno-reform2.com Tajuk : Khir Toyo - Ketua Pemuda UMNO? perenggan 2 baris 11 18 Feb 2009

"Ia suatu pencerobohan ruang peribadi wanita dan juga eksploitasi terhadap mereka untuk tujuan politik," Ketua Wanita MCA: Datin Paduka Chew Mei Fun - 16 Feb 2009

"Kamu boleh mengganggu kami, tetapi tidak sesekali untuk kami mengaku kalah," - Anwar Ibrahim (Majlis Makan Malam Ulangtahun Pertama Kemenangan Pakatan Rakyat) - 21 Feb 2009

Bagi wakil rakyat yang menipu rakyat, ingat hari ini kamu selamat, (suatu hari) nanti rakyat akan tanam dan kuburkan kamu," - Anwar Ibrahim (Majlis Makan Malam Ulangtahun Pertama Kemenangan Pakatan Rakyat) - 21 Feb 2009

"Bagi saya individu tidak penting, parti lebih mustahak. Kalau kalah tidak menjadi kudis bagi saya. Ini lumrah dalam politik." - Rafidah Aziz (www.malaysiakini.com : Tajuk Berita - Rafidah: Kalah menang ketentuan Allah 'perenggan 2' - 21 Feb 2009)

"Wanita juga tahu bila masa bertanding dan bila kena rapatkan kembali perpaduan. Pertandingan ini tidak akan menjejaskan kekuatan," - Shahrizat Abd. Jalil (www.malaysiakini.com : Tajuk Berita - Rafidah: Kalah menang ketentuan Allah 'perenggan 11' - 21 Feb 2009)

"hal menjatuhkan orang-orang tertentu, menculik musuh politik, membunuh seteru politik ini memang seolah-olah menjadi rutin wajib bagi orang-orang politik." - H Fansuri (www.harakahdaily.net - Surat terbuka kepada DSAI darihal 'Ganas' perenggan 10)

"Tidak penting sangat jadi wakil rakyat tetapi yang lebih penting ialah rakyat hidup senang dengan kemudahan infrastruktur yang cukup." - Bung Mokhtar (Ahli Parlimen Kinabatangan) 'membahas ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin' - 18 Febuari 2009 - Dewan Rakyat Parlimen

"Jika tidak, lebih banyak lagi pemimpin politik yang berbakat, akan menjadi mangsa 'pembanterasan" politik," Ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Tan Chai Ho Kenyataan media 27 Febuari 2009

"Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen,"Tan Sri Pandikar Amin Mulia - Speaker Dewan Rakyat :Mengulas tindakan Pemuda UMNO Selangor dalam ke Karpal Singh di Parlimen 27 Feb 2009

"Ungkapan itu sangat serius terutama apabila ia keluar dari mulut orang tua sepertinya yang ditujukan kepada orang muda. Saya percaya Pemuda Pas dan Keadilan juga tidak setuju dengan ungkapan 'celaka' itu," Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib - ulasan berkenaan Karpal Singh berulang kali memaki Pemuda Umno sebagai `celaka' di Dewan Rakyat 27 Feb 2009

“Dalam konteks ini, tiga sikap terhadap raja perlu dibentangkan: Pertama, sikap Hang Tuah yang setia membuta tuli; Kedua, sikap Hang Jebat yang menderhaka dan menumpahkan darah rakyat yang tidak berdosa. Di antara keduanya adalah Bendahara Paduka Raja, yang setia lagi bijaksana.” Anwar Ibrahim - Majlis Perjumpaan Wakil Rakyat dan Pemimpin PKR Selangor 28 Feb 2009

"Saya sangat memahami medan politik adalah medan peperangan dan persaingan antara parti-parti dalam menegakkan kebenaran dan keadilan masing-masing,"Pengarah Penyelidikan dan Kajian Strategik Permasis (Persatuan Mahasiswa Selangor), Wan Afifi Wan Zainudin. Permasis: Mahasiswa bimbang politik balas dendam (www.malaysiakini.com) perenggan 9 - 28 Feb 2009

"Kita berada di persekitaran politik yang terbuka di mana banyak isu diperbahas secara terbuka di internet dan blog, maka harapan rakyat terhadap kerajaan semakin meningkat," katanya. Khairy Jamaludin Naib Ketua Pemuda UMNO - Program Hujah TV9 17 Febuari 2009

"Tapi (jika) peralihan kuasa itu tidak diikuti langkah memenuhi janji-janji kita, maka perubahan itu adalah sia-sia sahaja,"Khairy Jamaludin Naib Ketua Pemuda UMNO - Program Hujah TV9 17 Febuari 2009

mukhriz mahathir khir toyo khairy jamaluddin hujah dialogue 180209 01