Tuesday, October 28, 2008

Gambar Anwar @ Patung Anwar


Saya terbaca artikel di Malaysia kini berkenaan gambar Anwar Ibrahim diletakkan di simpang empat Medan Batu Cave. Agak menghairankan apabila wakil rakyat Batu Cave merangkap Naib Ketua Angkatan Muda PKR Amiruddin Shari menyokong penuh usaha sebilangan masyarakat India membina replika tersebut.


Menurut blog DUN Batu Caves beliau berkata, foto besar itu menelan kos hampir RM5,000 yang diusahakan aktivis parti dan penduduk setempat "yang mahukan semangat Anwar untuk membina 'Malaysia Baru' akan terus berkekalan" dan juga simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di situ.


Bukan semua penduduk Batu Cave tidak mahu replika 'Anwar' angkuh di sana terutamanya masyarakat melayu. Sejak dari zaman Perdana Menteri yang terdahulu tidak pernah ada replika sebesar itu di buat. Saya penduduk Batu Cave amat kecewa apabila replika itu didirikan. Nasihat kepada Amir....tolong jangan libatkan penduduk Batu Cave dalam keangkuhan PKR ketika ini. Jangan kerana 20 - 30 orang mau replika itu berada anda boleh menanggap semua penduduk DUN Batu Caves mahukan replika orang yang takbur dan bongkak. Mengapa saya mengelar ia takbur dan bongkak kerana baru menang beberapa negeri sudah mula berani membina replika tersebut. Sedarlah Tunku, Tun Tazak, Tun Hussein Onn, Dr M, Pak Lah dan Parti PAS tidak pernah membina replika seperti itu apabila menang besar dan membentuk kerajaan Pusat atau negeri. Ingat Amir jangan ulangi perkara seperti ini atau anda hanya akan mendapat undi India sahaja tanpa Melayu.

No comments: